Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 2
20 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 19 Januari 2026, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Foto yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Dalam kelas mahir Foto minggu kedua ini, peserta dikongsikan pengenalan tentang bidang Fotografi. Sejarah dan ikon pencipta kamera turut dikongsikan dalam slide. Kesimpulannya, sejarah fotografi adalah perjalanan panjang daripada imej bayangan dalam camera obscura kepada rakaman digital beresolusi tinggi hari ini. Fotografi bukan sahaja alat dokumentasi, malah satu bentuk seni, komunikasi dan ekspresi manusia.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: